Ismail Sabri jalani pembedahan di mata

Ismail Sabri jalani pembedahan di mata
Gambar dikongsikan salah seorang pegawai Ismail Sabri menunjukkan beliau berada di HUKM, Cheras, hari ini.

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras bagi menjalani satu pembedahan, hari ini.

Menurut sumber, Ismail Sabri menjalani satu pembedahan kecil di matanya.

"Prosedur pembedahan tersebut bermula pada pukul 9 pagi tadi.

"Ketika ini, beliau masih berada dalam dewan pembedahan dan masih belum keluar lagi," kata sumber tersebut.

Sumber bagaimanapun tidak memaklumkan secara jelas pembedahan yang dilaksanakan, namum difahamkan, Ismail Sabri akan hanya ditahan di wad selama sehari bagi pemantauan.