Bakar Al-Quran: Malaysia akan edar 20,000 naskah kitab suci itu ke Sweden

Bakar Al-Quran: Malaysia akan edar 20,000 naskah kitab suci itu ke Sweden
Al-Quran

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan mencetak sebanyak sejuta naskah Al-Quran dan mengedar sebanyak 20,000 naskah kitab suci itu ke seluruh Sweden sebagai simbolik terhadap jawapan terhadap kejadian pembakaran kitab suci Al-Quran di negara itu baru-baru ini.

"Pada 27 Januari yang lalu, saya telah umumkan bahawa kita akan mencetak sebanyak sejuta naskah Al-Quran sebagai simbolik penuh hikmah dan matang bagi menjawab serangan purbasangka terhadap Islam seperti kejadian pembakaran kitab suci Al-Quran di Sweden baru-baru ini. 

"Untuk tujuan ini, RM10 juta akan disumbangkan kepada Yayasan Restu bagi pengedaran segera cetakan 20,000 naskah 

terjemahan Al-Quran dalam bahasa Sweden serta bahasa asing utama dunia," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.