Selesema burung H3N8 ragut mangsa pertama
GENEVA – Seorang wanita di China disahkan menjadi mangsa maut pertama akibat wabak selesema burung (H3H8), menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
H3H8 yang dikesan menular buat pertama kali pada 2002 di Amerika Syarikat sebelum ini disahkan tidak mampu memberikan kesan fatal kepada manusia dan hanya menjangkit kuda dan anjing.
Virus itu kemudian dikesan China pada April dan Mei tahun lalu di China
Bagi kes baharu ini, WHO berkata, kematian membabitkan seorang wanita berusia 56 tahun dari wilayah Guangdong di tenggara China.
Mangsa mula sakit pada 22 Februari dan kemudian dimasukkan ke hospital kerana radang paru-paru teruk pada 3 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 16 Mac lalu, kata WHO.
“Pesakit terdedah kepada persekitaran bersama ayam ternakan sebelum penyakit dihidapinya dikesan selain kehadiran burung liar di sekitar rumahnya.
“Tiada kontak rapat kes itu mengalami jangkitan atau gejala penyakit seperti dilaporkan,” katanya.
Justeru, WHO menggesa siasatan lanjut ke atas haiwan dan manusia bagi mengesan punca sebenar pendedahan jangkitan berkaitan virus H3N8.
Katanya, daripada dua kes tahun lepas, seorang dilaporkan kritikal dan seorang lagi hanya mengalami gejala ringan.
Kedua-dua kes berkemungkinan mendapat jangkitan daripada pendedahan langsung atau tidak langsung kepada ayam yang dijangkiti.
“Nampaknya virus ini tidak mempunyai keupayaan untuk merebak dengan mudah dari manusia ke manusia.
“Oleh itu risiko merebak di kalangan manusia di peringkat kebangsaan, serantau atau antarabangsa dianggap rendah.
“Bagaimanapun, disebabkan sifat virus influenza yang sentiasa berubah, WHO menekankan kepentingan pengawasan global untuk mengesan perubahan virologi, epidemiologi dan klinikal,” katanya.
Abdul Halim Hadi