80 peratus tenaga kerja Twitter telah diberhentikan - Elon Musk
SAN FRANCISCO - Twitter telah memberhentikan lebih 6,000 pekerja, iaitu sekitar 80 peratus daripada tenaga kerjanya sejak akhir tahun lepas.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk dalam satu temu bual dengan rangkaian BBC pada Selasa.
Bagaimanapun, pengurangan tenaga kerja Twitter itu masih tidak dapat menandingi syarikat teknologi besar lain dari segi peratusan seperti Google, Amazon, Microsoft dan Meta yang telah mengurangkan puluhan ribu pekerja di seluruh dunia.
Ketika ini, Twitter sedang berdepan pelbagai tindakan undang-undang daripada bekas pekerja berhubung isu pemberhentian dan faedah, Xinhua memetik laporan San Francisco Chronicle.
Syarikat itu mendakwa dalam 'legal filing' baru-baru ini bahawa "Twitter. Inc telah digabungkan menjadi X Corp dan tidak lagi wujud".
Berdasarkan 'legal filing', X Corp. ialah sebuah syarikat milik persendirian, dengan syarikat induknya adalah X Holdings Corp.