Pemilikan Sijil A tahap kebersihan tandas jadi syarat perbaharui perniagaan
PUTRAJAYA - Pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) di pusat bandar raya yang gagal mengekalkan Sijil A bagi tahap kebersihan tandas, tidak dibenarkan memperbaharui lesen perniagaan bermula tahun hadapan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, keputusan itu yang dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam, sejajar dengan pendekatan tandas awam bertaraf 'BMW' iaitu Bersih, Menawan dan Wangi.
“Di peringkat kawasan bandar raya, semua pengusaha industri F&B outlet wajib mendapat sijil A untuk kebersihan tandas di restoran, hotel, warung kopi, kedai mamak dan lain-lain.
Berikutan itu, kata Kor Ming lagi, satu sesi libat urus akan diadakan bersama pengusaha, persatuan, penjaja F&B bagi tujuan itu.
“Maka dalam tempoh tiga tahun ini, kita jangka akan laksanakan dasar ini di seluruh negara, dijangka 18,000 buah tandas awam juga kita akan pastikan bersih, menawan, dan wangi, selaras dengan dasar Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan,” katanya, hari ini.