Muhyiddin berdepan pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
KUALA LUMPUR - Presiden Bersatu,Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka berdepan enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen di sini esok.
“Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA),” kata SPRM dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Ahli Parlimen Pagoh akan didakwa di mahkamah pagi esok.
Sementara itu, Muhyiddin tiba di perkarangan Ibu Pejabat SPRM pada jam 11.18 pagi, hari ini, bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa)