Mod paparan digital ganti cukai jalan fizikal pada kenderaan persendirian

Mod paparan digital ganti cukai jalan fizikal pada kenderaan persendirian

PUTRAJAYA - Pemilik  kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pemilik boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ bawah satu projek perintis.

Langkah ini selaras dengan pelaksanaan program digitalisasi perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu, oleh Kementerian Pengangkutan, tambahnya.

BERITA LANJUT MENYUSUL