Serangan siber, portal Imigresen dinyahaktif sementara

Serangan siber, portal Imigresen dinyahaktif sementara

CYBERJAYA - Portal Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terpaksa dinyahaktif buat sementara kerana mengalami serangan siber.

Pemeriksaan Malaysia Tribune mendapati, portal tersebut tidak dapat diakses manakala carian di Google tertera maklumat bahawa laman tersebut 'Hacked By CaptainSmok3r'.

Sementara itu, kenyataan ringkas dari Bahagian Teknologi Maklumat dan Rekod (BTMR) JIM memaklumkan, portal tersebut dinyahktif buat sementara kerana serangan siber tersebut.

"Untuk makluman, terdapat kejadian serangan siber kepada portal JIM.

"Capaian kepada portal telah ditutup sementara bagi BTMR mengambil tindakan pengukuhan dengan kerjasama Cybersecurity Malaysia," kata BTMR dalam kenyataan yang dikongsi menerusi aplikasi Whatsapp.