MET Malaysia ramal ribut petir landa beberapa negeri malam ini

MET Malaysia ramal ribut petir landa beberapa negeri malam ini

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan ribut petir akan melanda satu dua tempat membabitkan sembilan negeri petang ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan MET Malaysia, ia membabitkan Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Pada pagi ini ribut petir dijangka bakal melanda beberapa tempat di Sabah membabitkan Kudat dan Pantai Barat.

Selain itu, dua negeri dijangka hujan termasuk kawasan pantai di Selangor dan serta di Sabah membabitkan Labuan, pedalaman dan Sandakan.

Di Sarawak ribut petir dijangka berlaku di Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Di Sabah pula membabitkan di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Hujan juga bakal berlaku di satu dua tempat di Kedah dan Perak pada petang ini manakala di Pulau Pinang keadaan dijangka berangin.

Tiada hujan dilaporkan di Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Di sebelah malam pula, ribut petir dijangka melanda satu dua tempat di Sabah iaitu di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Enam negeri dijangka hujan pada malam ini iaitu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor manakala di Sarawak membabitkan Miri serta Limbang.