LHDN sampaikan sumbangan kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad

LHDN sampaikan sumbangan kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Mohd Nizom menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad.

RANAU - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terus memperkasa serta memperhebatkan lagi Program Tanggungjawab Sosial (CSR) dengan menyantuni seramai 39 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad di bawah kelolaan Persatuan Kebajikan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Daerah Ranau.

Menurutnya dalam satu kenyataa, program itu merupakan salah satu kaedah  Mengadaptasi konsep Malaysia Madani yang menerapkan sifat ihsan, peduli dan kasih sayang dalam setiap anggota masyarakat bagi mewujudkan sebuah keamanan bersama, 

"Program anjuran Ibu Pejabat LHDN dengan kerjasama Pejabat Pengarah LHDN Sabahi ni membuktikan bahawa Team LHDN sentiasa menjunjung prinsip kemakmuran negara dinikmati bersama yang mana segenap lapisan masyarakat wajib disantuni tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. 

"Dalam program ini Team LHDN telah menyerahkan sumbangan10 buah bakul makanan dan barangan keperluan harian, 100 pek makanan Kentucky Fried Chicken (KFC), 45 unit kerusi plastik pelbagai guna dan wang tunai berjumlah RM6,000," katanya.

Katanya lagi, penyampaian sumbangan itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertingginya.

Dalam ucapannya Mohd Nizom berkata, LHDN amat komited meneruskan pelbagai usaha bagi menyantuni rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat dalam memberikan pelbagai bantuan melalui inisiatif CSR di samping membantu meringankan beban terutamanya golongan asnaf dan masyarakat luar bandar yang memerlukan serta melahirkan warga kerja LHDN yang prihatin.

Ujarnya, pelaksanaan serta penganjuran program seperti ini merupakan tanda sokongan padu LHDN kepada pembangunan modal insan termasuklah kepada masyarakat luar bandars erta golongan asnaf.

Katanya, ia juga merupakan salah satu pendekatan strategik LHDN dalam mendekatkan diri kepada masyarakat.