KPDN, Kementerian Ekonomi tubuhkan sekretariat tetap tangani kos sara hidup

PUTRAJAYA - Satu sekretariat tetap dianggotai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Ekonomi akan ditubuhkan bagi merangka pelan tindakan jangka pendek dan panjang dalam menangani kos sara hidup rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, penubuhan sekretariat itu telah dipersetujui kedua-dua kementerian dalam satu mesyuarat yang diadakan pada hari ini.