Kondominium Skypark Cyberjaya terbakar

Kondominium Skypark Cyberjaya terbakar
Kondominium Skypark di Cyberjaya terbakar awal pagi tadi. Kredit foto orang awam

CYBERJAYA - Penduduk di kondominium Skypark di sini cemas apabila dua blok bangunan tersebut terbakar pada awal pagi tadi.

Difahamkan kebakaran tersebut bermula pada pukul 4 pagi tadi bermula tingkat 3 di tower 3 bangunan tersebut.

Setakat pukul 11 pagi tadi, penduduk di tower 1, 2 dan 3 yang terletak bersebelahan diarahkan keluar berikutan asap tebal merebak ke bangunan berhampiran dan pihak bomba masih menjalankan kerja-kerja menyelamat dan memadam kebakaran.

Berita lanjut akan menyusul