Anwar tidak sihat - Sivakumar

Anwar tidak sihat - Sivakumar
Datuk Seri Anwar Ibrahim

GOMBAK - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves, di sini hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar ketika ditemui pemberita pada sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy di sini.

“Perdana Menteri sepatutnya hadir ke sambutan Thaipusam (di Batu Caves) hari ini, namun beliau menghubungi saya pagi tadi memaklumkan beliau tidak sihat dan terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Menurutnya, Anwar juga memaklumkan kepada beliau bahawa satu sesi perjumpaan bersama semua jawatankuasa kuil-kuil di seluruh Malaysia untuk menyampaikan amanatnya akan diadakan dalam masa terdekat ini.